Sembilan bulan dan dua puluh empat hari



Sudah lama betul tidak menulis, asyik-asyik letak gambar konon-konon macam terlalu sibuk.

Tak mahu beritahulah sedang buat apa, cuma tidak berusaha betul-betul untuk menulis dan resize gambar bercuti di Kota Kinabalu tempoh hari. Maka, belum dapat cerita tentang KK di sini.

Cuma tiba-tiba datang keinginan untuk cerita tentang budak kecil yang makin lama makin besar ini.

She's going to be 10 months old in a few days. Sangat cepat masa berlalu. Tiap-tiap hari dengan rutin sama, mandikan, beri makan, beri minum, main sikit, menonton TV sikit, beri makan lagi, salin lampin, kemudian mandikan lagi bila petang, dan tidurkan dia bila mengantuk. Tiba-tiba sudah hampir sepuluh bulan.

Stretch marks saya pun belum hilang (sebab pemalas untuk sapu Bio Oil siapa suruh), dia sudah mahu berdiri. Cepatnya, cepatnya!

Bulan ke lapan dan ke sembilan ini, paling banyak development milestone yang Kasih capai. Gigi sulung mula tumbuh, kemudian gigi kedua menyusul beberapa hari kemudian. Sudah boleh merangkak dengan laju, daripada hanya mengengsot. Sudah mula berdiri dan cruising sekitar katil dan almari dan kusyen. Sudah boleh mengeluarkan barang satu-satu dari dalam bakul atau kotak. Sudah boleh tepuk tangan dan kaki. Sudah boleh panggil saya dengan 'maamaamaa' dan Zul dengan 'abaaabaa'. Sudah boleh faham bila saya cakap, 'dah' bila selesai mandi. Sudah faham untuk protes bila saya cakap 'no!' bila dia mula mengkecahkan barang.

Dan paling tak tahan bila dia keluarkan suara manja. Haha.

Time out. That baby is wake up.

Nanti harap-harap saya dapat sediakan masa untuk entri dia setahun. *Setahun? Wow*.

P/s: Gambar Kasih itu diambil dan diolah oleh Zul, dan ada selebihnya di FB beliau.



Comments

yunik said…
wow...awesome sgt la gambar ni. rasa nak buat profile pic aku je (tetibe)

of course u value that stretch mark v much, kan? i guess not everyone can afford to get one, even they tried so hard.

salam cium utk kasih ya !
AyinEmran said…
Hey you! Hahaha, kalau nak buat profile pic kena tanya Zul dulu. *Kasih kisses back*
fieza said…
Wah! Dah besarrrrr...

Bila dah besar pasti kurus dan tinggi!
helmyemran said…
nak dengau gak suara manja dia tu. bila la nak balik kn?
Ummi Salsabila said…
I love ur writing! Tulislah selalu..kasih kasi can kat mommy eh..;)

citerla bout kk.leh wat reference for us nnt.;)
AyinEmran said…
fieza: kurus ya, mudah mudahan! :)

abang: belikan tiket please? Haha tatau bila akan balik, doakan la.

odah: thanks odah, insyaallah, selalu tergendala. Tengah edit gambar.
Rin said…
gambar cantik nyer mcm boleh buat kalendar.. ;)
AyinEmran said…
Rin: kan? Almost print sendiri utk buat kalendar, tp tetiba dah dpt kalendar free. Hehe.

Min: Alhamdulillah. :)

Popular Posts