Borneo: Kota Kinabalu, Bahagian Dua
Baiklah, mari sambung hari kedua.
Hari kedua, 26 Disember 2010, Ahad.
Hari kedua kami bertolak pagi-pagi lepas beli sarapan makan dalam kereta sebab mahu kejarkan tiba di Kinabalu Park sebelum pukul 9, sebelum kabus atau awan tutup puncak gunung.
Kasih masuk kereta terus tidur sebab masih mengantuk. Zul bawa kereta, saya makan. Kemudian saya bawa kereta dan Zul makan. Siap sesat (ehem) sebab GPS salah. Dengki tau GPS, salah waktu saya bawa kereta. Rugi 45 minit untuk pusing semula sebab dah terlepas ke Tuaran.
Waktu ini awan dan kabus masih belum tutup puncak gunung.
Now you see it, now you don't.
Akhirnya sampai Kinabalu Park. Sejuknya ya rabbi, saya pergi tandas, air dia sejuk macam di Manchester (ada satu pagi kami bangun di rumah Kak Long, untuk Subuh, air sejuk sangat, pili air panas pula asing, daripada melecur, baiklah sejuk. Ha, kan panjang kena terangkan)
Budak tembam macam dah biasa dengan sejuk.
Ambil gambar dekat papantanda sikit. Apa barang pergi bercuti tak ambil gambar dekat papan tanda.
Dan, gambar bertiga. Kami punyalah berharap dapat ambil gambar puncak gunung di Kinabalu Park, tapi rupanya lagilah tak nampak. Terpaksa ambil gambar sendiri banyak-banyak.
Kemudian, kami teruskan misi hari kedua untuk ke Kundasang. Ramai orang cadangkan pergi kolam air panas di sini. Rupanya, ya rabbi, jauh! Tak tahulah kalau rasa macam jauh, tapi tak jauh sangat, atau sebab jalannya yang pusing-pusing dan bergunung-ganang maka rasa jauh. Tapi saya sangat letih, dan saya bukan bawa kereta pun. Mungkin sebab pegang Kasih dalam kereta.
Kami tahu, memang sangat mahal semuanya di sini, tapi tiada pilihan lain selain makan tengahari di restoran yang ada di situ. Mahal, dan er, tak sedap.
Lepas makan, kami sewa bilik untuk setengah hari sebab saya betul-betul tak larat untuk dukung Kasih dan berjalan. Kami solat, rehat dan kumpul tenaga sebelum menjenguk hot spring.
Sampai-sampai, tengok kolam semua penuh. Cuti sekolah, mestilah ramai. Air kolam pun nampak macam air barli. Bahagian private pool pun penuh. Saya fikir, ada tempat rendam-rendam kaki tapi tiada. Maka sedikit kecewa.
Maka kami pulang.
Dalam perjalanan pulang, asalnya ingin singgah di Sabah Tea Plantation, tapi terlepas dan Zul mahu melepasi Nabalu sebelum hari gelap. Maghrib kan awal di Sabah. Pukul 5 pun dah mula gelap.
Dalam perjalanan pulang, ada beberapa minit puncak gunung menjenguk kami. Berhenti sekejap tepi jalan untuk ambil gambar. Subhanallah, rasa sangat dekat, dan rasa sungguh kerdil.
Selesai hari kedua. Tiba di hotel terus pengsan.
Comments
Kasih..kamu comel dan tembam betul lah!
Odah: lambat kan kak ain update? Bz konon. Haha
nucad: Masa pergi KK ni, Kasih saya bagi makan cerelac ikan bilis dgn veges, terpaksa bagi sbb mmg susah nak prepare cooked food. Tp alhamdulillah Kasih boleh makan.