Borneo: Kota Kinabalu, Bahagian Satu

Sebelum terkandas terus misi entri Kota Kinabalu (KK), baik saya buat sikit-sikit.

Hari pertama, 25 Disember 2010.

Kami bertolak dari Bintulu pagi, lepas sarapan, dengan MAS Wings yang baru dan wangi dan comel. Rezeki dapat beli tiket murah last minute deal, 25 Disember. Dalam 40 minit sampai KK. Cantik pemandangan sebelum mendarat, sebab nampak banjaran gunung macam tulang yang memanjang, tapi hijau macam brokoli. Vacation mood was on!

Tiba di airport (airport KK ada dua, satu untuk AirAsia, satu lagi untuk MAS dan penerbangan antarabangsa yang lain) Ngah, abang Zul ambil. Sepanjang kami di sana memang pinjam kereta Ngah. Alhamdulillah, dapat jimat lagi.

Lepas minum, Ngah bawa naik atas Anjung Tinjau, untuk previu bandar KK sebelum apa-apa.

Kasih waktu ni, masih belum panjang sangat rambut. Zul dan Ngah.
Ya, tudung teruk dan saya gemuk. Malas nak defensif.


Kemudian kami check-in hotel. Hotel murah, Yaho Hotel di pinggir bandar, dekat dengan masjid biru. Hotel baru, maka boleh tahan juga biliknya. Kami memang cuba berjimat mana-mana yang boleh. Kalau tak ada kenderaan, mungkin terpaksa pilih hotel tengah bandar, dan mestilah mahal. Hotel di bandar KK memang banyak. Dan jika kalian menginap di bandar pun, jangan risau, semua tempat penting memang dekat. Kalau mahu berjalan kaki pun boleh, kalau cukup tenaga.

Kalau ada bawa bayi hampir sepuluh kilo, itu saya tak pasti.

Selepas solat dan sebagainya, kami keluar untuk makan. Misi, untuk ke 1Borneo.

Waktu ni masih boleh senyum lagi.

Sampai di 1Borneo, gagal cari parking. Manusia parking sampai ke tepi-tepi jalan. Siapa suruh terlupa hari cuti Krismas, mestilah ramai orang. Kecewa, kami makan di kedai makan biasa bertentangan dengan 1Borneo. Ironi, kan. Haha. Dah pukul 3, makan sajalah. Kedai makan P Ramlee kalau tak silap.

Malam, Zul ajak jalan-jalan di Sutera Harbour, dan boleh makan malam sekali. Rupa-rupanya tak boleh dinner kalau bukan member dan kalau bukan guest.

Cantik pemandangan harbour ni, tapi sebab bawa kamera kecil maka ini habis baik, lah.


Kemudian kami makan di kedai makan biasa. Tak ingat di mana.

End of day one. Sambung nanti!


Comments

Marliza Radzi said…
Sikit sangat! Tak aci! Hehehe.

Kalau bawa bayi lebih 10 kilo, mahu jalan dari satu wing Jusco ke wing yang lainpun mengah dan parah T____T
AyinEmran said…
Hari first memang sikit, sabar beb. :)
azura.naem said…
Apesal kalau bukan guest/member tak boleh nak makan situ? Apa la diorg ni kan..tak reti buat duit.

Popular Posts