Kasih sudah setahun!





Sangka saya, hari ini akan jadi hari yang penuh emosi. Tapi rupanya lebih dari itu.

Syukur yang sebanyak-banyaknya, bayi kecil yang saya lahirkan (pukul 7 malam) tahun lepas, sudah setahun. Setahun yang penuh cerita. Setahun yang penuh perkembangan. Setahun yang sungguh cepat berlalu.

Semua kesakitan, tidur yang kurang, mandi yang kambing, makan yang selaju kilat, keharuan dan kesukaran, semuanya terasa sungguh berbaloi, sebab kebahagiaan bila lihat dia membesar dan tersenyum adalah tidak boleh dibayar dengan apa-apapun.

Tuhan, kau jadikan anak ini anak yang taat kepada perintahMu, mendengar kata kami ibu bapanya, dipermudahkan rezeki dan mendapat bahagia dan cemerlang dunia akhirat.

Tuhan, kau beri kami kekuatan dan kesabaran untuk mendidik dan membesarkan anak ini sepanjang umur yang kau pinjamkan.

Kasih (intan payung),
Meski kami mahu kamu tahu, umur itu hanyalah angka, tapi jadikan setiap tahun sebagai titik tanda pencapaian untuk menjadi manusia yang lebih sempurna.

Kami sayangkan kamu, terlalu.



P/s: Kasih, you'll be sharing your birthday with my bestie Aunty Marliza. Please always remember, ok? Happy birthday Marliza darling!



Comments

Nida Shaari said…
happy bday yang ke setahun Kasih.. Auntie doakan Kasih membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat..

(baru terperasan kenapa Ayin post gambar AM dengan Kasih kat FB tu hehehe)
famia said…
Kasih sangat comel. Rambutnya stylo. Fringe tak sama panjang. Sangat unik lagi gila comel. Semoga kasih sentiasa dilimpahi rahmat dariNya dan diberkatiNya selalu.
ciketon fazya said…
cheeeky benar kamu Kasih

selamat hari lahir...pasti sentiasa diKasihi :)
Marliza Radzi said…
Nangis :')

Happy birthday, darling birthdaymate ku nan comel!
Wafaa said…
Kasih u look so cantik. Happy birthday!
SyahieraFarhana said…
Happy birthday Kasih. Kirim hugs & kisses dari jauh.. :-)
nucad said…
Hepi besday kasih... Jadi anak yang baik yek... gerammmm tgk kasih... comel sgt-sgt...
dyaemran said…
amin utk semua doa mummy n daddy Kasih.moga jadi anak yg solehah, ye?(baca dgn intonasi ust. bahiyah)
hehe.have a blast mkn2 today!:D
Ummi Salsabila said…
Happy 1st birthday kasih!!

Cepatnya setahun berlalu.Like entry ni banyak2! Semoga kasih menjadi anak yg solehah..amin..

flying kiss kat pipi kasih yg montel tu! ;p
baini said…
happy birthday kasih!..semoga jadi anak solehah, bahagiakan hati mak ayah selalu,:)

Popular Posts