Baked chicken with potato
Lama betul tak kongsi resepi. Ini resepi mudah, saya pandai-pandai sendiri buat, inspirasi dari Abang Jamie Oliver. Panggil abang lah, dia banyak bagi saya ilmu pasal memasak. Asalnya, lepas tengok dia bakar kambing (salah satu episod Jamie at Home), saya menggelabah tiada idea untuk masak dinner, kebetulan ada ayam, maka saya cuba resepi ini.
Dipendekkan cerita yang tak menarik ini, Zul terlalu suka dengan kombinasi rasanya. Maka sudah tujuh puluh lapan kalilah saya masak. Senang sangat. Malas dah mahu beritahu betapa senang. I guess there are too many version of this kind of recipe, but here's my version of Baked Chicken with Potato. Atau ayam bakar dengan kentang.
Ayam setengah ekor, sengaja saya biarkan kulit. Lebih sihat jika guna ayam kampung atau ayam organik.
1) Masukkan ayam (seekor, atau dipotong ikut suka), bawang putih (beberapa ulas, tak perlu kupas cuma titikkan), sedikit serbuk oregano, sedikit serbuk thyme, kentang (beberapa biji, dipotong empat), dan garam ke dalam baking dish, dan gaulkan semuanya dengan extra virgin olive oil (saya cuba guna bahasa melayu, tapi apakah minyak zaitun terlebih dara?)
2) Kemudian bakar pada 180 darjah celcius selama dua jam, jika ayam seekor. 45 minit sebelum selesai, balik-balikkan kentang dan ayam untuk pastikan semua yang terlibat mengambil bahagian.
3) Selesai, hidangkan.
Kan saya sudah beritahu, sungguh senang. Tapi kadang-kadang saya main tipu, saya rebus dulu kentang supaya cepat empuk, kemudian sejam sebelum keluarkan ayam saya masukkan kentang dan gaul.
Be moderate on oregano and thyme. Kalau terlebih nanti jadi overpower pula dengan rasa keseluruhan. Tapi apa pun, resepi ini ikut suka. Kalau saya malas buat sayur asing-asing, saya masukkan carrot sekali. Tapi kalau brokoli, saya kukus asing dan hidang kemudian.
Easy peasy.
Oh lagi satu, mungkin kalian rasa leceh mahu beli oregano dan thyme. Mari saya beritahu satu rahsia (jika anda kedekut macam saya dan tak setuju harga herba kering McCormick sangat mahal), beli english herbs ini di kedai jual barangan kek. Sangat murah. Saya beli Rosemary kering 90sen saja, dapat tiga kali ganda banyak dari kandungan botol McCormick.
Saya suka kedai barangan kek. Kalau rasa depress, saya akan cuci mata pergi kedai-kedai begini. Dapat menikmati bau butter pun cukuplah.
Oh juga, jika anda mahu guna ayam beberapa ketul pun boleh, kurangkanlah masa membakar.
Eh, sekali dapat menulis, panjang pula membebel. Oh silalah cuba resepi mudah ini. Untuk ibu-ibu yang tak cukup tangan mahu jaga anak yang suka kacau di dapur, this is a keeper. Tak perlu tunggu mendidihlah, tunggu bawang wangilah, sungguh senang. Dan insyaallah sihat dan lazat.
Sekian, semoga kita semua rajin memasak.
Comments
i bought bay leaves kat carefour RM7.00 for 12pcs.. sekali my MIL said, eh kenapa beli, kat depan rumah kan ada sepokok.. kecil hati lagi..haha
Aku beli herba keluaran Giant atau Tesco. Refill saja ke dalam bekas McCromick sedia ada. Separuh harga. Heh.
Oh ya, suhu bakarannya berapa, puan?