Borneo: Kota Kinabalu, Bahagian Terakhir

Hari keempat, 28 Disember, kami menghabiskan masa pusing-pusing shopping complex di KK. Rupanya satu gambar pun tak ambil, cuma ada satu video Kasih waktu makan di Kenny Rogers.

Hari terakhir, 29 Disember 2010, Rabu.

Selesai kemas barang dan check out hotel, kami ke Pasar Filipina untuk aktiviti wajib di KK, memborong gelang dan rantai dan kerongsang. Haha memborong konon. Beli serba sikit, sebab pinggang lenguh dan sungguh tak sesuai membawa bayi yang mengantuk dengan kepanasan hampir tengahari di situ.

Masam mencuka, walaupun telah dipakaikan gelang dengan rantai.


Kemudian kami makan tengahari di Atmosphere Revolving Restaurant di Bangunan Yayasan Sabah. (Thanks to Wahida for the recommendation!) Lunch set di sini tak mahal sangat pun, memandangkan ada view yang sangat hebat dari atas, sambil berpusing setiap 15 minit (jika tak silap).


Lepas makan, kami terus ke airport. Singgah solat dan minum di airport lounge (Airport Lounge KK sungguh menarik).

Mungkin catatan ini tidak lengkap, sebab saya ada short term memory loss di sana sini, tapi pengalaman bercuti di mana-mana pun, dengan orang-orang tersayang memang membahagiakan.

Oh, saya cadangkan, jika anda ingin bercuti di KK, dan tempoh bercuti tidak begitu lama, pilih antara satu, mahu ke bahagian kaki gunung (Kundasang) atau ke pulau. Jika mahu kejarkan dua tempat, sungguh meletihkan. Itu pendapat sayalah. Jika anda gagah, mungkin boleh.

Sekian, cerita empat bulan lepas, selesai. Kota Kinabalu, sehingga bertemu lagi.


Comments

HW said…
Oh, ko pergi ke Restaurant berputar itu? Cantik kan tempat dia? Pastu tak crowded. Orang pening agaknya makan sambil berputar? Kih kih :D

-wahida-
AyinEmran said…
wahida: Pergi, kitorg first customer kot tghari tu, tp dia pusing bukannya laju, pelik apesal takde orang. Jauh kot agaknya.
Marliza Radzi said…
Masa honeymoon aku pergi 2-2, kaki gunung & pulau. Sungguh berusaha. Tapi with a baby in tow, memang letihlah.

Eh Kasih masih guna MaxiCosi untuk Quinny dia?
fiza said…
why don't u babywearing your kasih...
ssc byk sekarang, utk sampai toddler n preschool pun ada..hehe, but bare the cost lah..hihi
Unknown said…
btw, Kasih sangat cohmel n awesome!
AyinEmran said…
Marliza: Masa muda gagah perkasa boleh, skrg aku patah pinggang, haha.

Fiza: Dah bawak my sling, tp Kasih tak mahu, dia kalau panas, mmg susah nak pakai apa pun.

Pn Leeda: Alhamdulillah, :)
Ummi Salsabila said…
Thanks kak ayin..odah cuba take note apa yg kak ayin kongsikan! :)

Cantik kasih bergaya dgn necklace tu!

Popular Posts