Wednesday, April 6, 2011

Borneo: Kota Kinabalu, Bahagian Tiga

Hari ketiga, 27 Disember 2010, Isnin.

Biasalah, bila ada anak kecil, rancangan untuk pergi awal akan berubah bila si kecil bangun lewat. Kami tiba di Jesselton Point pukul 11 lebih. Lewat. Maka seperti yang dicadangkan oleh agen pelancongan di kaunter, sempat untuk melawat dua pulau saja. Lagipun, menurut beliau, pulau lain kecil dan lebih kurang sama saja.

Love this shot. Tengok, matahari hampir atas kepala.

Dah sedia pakai swimming suit, mandi ke tidak budak tembam ni.
Rasa macam dekat Miami pun ada. (Wah, setakat tengok CSI Miami, konon tahu Miami macamana?)

Kecil saja bot. Sila naik bot berdasarkan syarikat yang kita gunakan servis mereka waktu di kaunter. (Ada sangat banyak syarikat pelancongan di Jesselton Point, pilih saja mana satu kalian suka).
Guess what, Kasih naik bot pejam mata, mula-mula kami fikir sebab angin kuat, rupa-rupanya tertidur terus. Kelakar tau.

Dah sampai Pulau Manukan, masih mengantuk. Panas. Ya, saya pakaikan semua ahli keluarga sunblock. Sila risau dengan kondisi ozon kita yang sudah nipis.


Ok, I'm up.

Kecil saja Pulau Manukan. Semuanya dalam lingkungan berjalan kaki. Dan ya, tiada penduduk pulau, semua peniaga dan pekerja resort dari tanah besar.

Kasih waktu ini masih takut air. Menangis dia.


Subhanallah, cantik betul air di jeti kan?


Kemudian kami mahu cuba naik parasailing. Mahal sebetulnya, cuba minta murah, dapat. Maka bergilirlah saya dan Zul. Sebenarnya ada couple's set, tapi siapa nak pegang Kasih?

Mula-mula Zul naik.


Kemudian saya. Breathtaking view from up above. Nampak pulau-pulau bertompok-tompok dan biru air laut yang bertona lain bila di sekeliling pulau. Subhanallah. Subhanallah.


Dan, Kasih tidur lagi. Sedap sangat agaknya angin laut menghembus-hembus pipi tembam.


Kemudian, kami terus ke Pulau Mamutik, untuk mandi-mandi dan membersihkan diri.

Kemudian kembali ke tanah besar semula. Sampai Jesselton Point, makan aiskrim lazat sebelum pulang ke hotel. (Oh, saya suka betul suasana di Jesselton Point, ada banyak gerai-gerai kecil, dan ada kerusi meja terbuka di tepi terminal. Sungguh santai. Suka.)

Bahagian terakhir menyusul nanti. Tak sabar nak habiskan cerita ini.




6 comments:

Marliza Radzi said...

"Wah, setakat tengok CSI Miami, konon tahu Miami macamana" --- Kah kah kah!

Comel sangat bambam tu tidur atas bot!

aSeRa said...

Waaaa dahla memang teringin parasailing.how much yeh?

btw everytime i scroll down and get to kasih sleeping piccas,i will laugh! comel sungguh kasih.

aS_c0mei said...

ohhh,teringat dulu pegi manukan & mamutik.subhanallah,memang cantik pulau2 tu.rasa taknak balik.tp apakan daya,kena jugak balik utk mencari sesuap nasi.hehe...chop,masa kami pegi dulu takde pon parasailing.jelesnya!kami hanya snorkelling,dapat la tengok gamat...:D

oh Kasih,comel sungguh kesemua aksi dia dalam semua gambar!rasa nak gigit pipi tembam tu.gewaaammmm!

Pn.Leeda said...

salam, saya silently folo ayin nye blog ni..cuma nk bgtau..the last pic tu so superb. Subhanallah..mcm postcard lah..

Ummi Salsabila said...

Kak ayin, gambar2 sangat cantik! parasailing best!kasih sgt comel in green swimsuit.lagi comel tertidur atas bot.Hehehe.

p/s:insy next month flying to sabah.weeee...tak sabar! s

AyinEmran said...

Marliza: Kelakar lah, senang sgt tidur atas bot, tanpa ngempeng.

ASera: Rasanya RM80 per person, tp mintak kurang, dpt Rm60. Rasanyalah, dah tak ingat sgt.

as: Cantik kan? Kalau ada rezeki mmg nak pergi lagi, spend more on pulau je.

Pn Leeda: Terima kasih, itu husband saya yg edit. Original pic gelap sikit.

Odah: Bestnya nak pergi sana, enjoy Sabah eh Odah!