Kasih is One Party
Majlis Kesyukuran Hari Lahir Kasih yang Pertama.
Saya sudah lama upload gambar sebenarnya, tapi tiba-tiba kehilangan idea untuk menulis.
Kami buat kecil-kecilan saja, memandangkan Kasih pun masih kecil untuk mengerti dan terlibat dengan majlisnya sendiri. Ajak kawan-kawan rapat, order makanan dan buat kek sikit. I would rather cook for the feast, but that would be too ambitious since Kasih just won't let me.
Zul baca doa kesyukuran, kemudian makan-makan, bersembang-sembang dan lelaki dewasa main PS3 lepas makan. Kanak-kanak yang hadir pun cuma Ayman, Afnan dan Bilqis, sungguh bukan majlis kanak-kanak, kan? Haha.
Here are the pictures, enjoy!
Nasi beriani dengan lauk kambing, ayam masak merah, dalca sayur, papadom, dan acar timun. Saya buat rojak petis, puding koktel, dan kek coklat sebagai pelakon utama di belakang Kasih.
Bilqis comel yang baru 3 bulan lebih.
Dari kiri Ayman, Afnan dan Kasih. The only time Afnan berminat dengan aktiviti Kasih. Pemalu Afnan ni. Nampak Mickey sebelah Kasih? Her most favorite character at the moment. Bangun-bangun tidur pun tunjuk Mickey.
Cake cutting. Dah lambat sangat nak potong, Kasih cepuk sikit kek tu lepas siap ambil gambar beberapa keping.
Nampak ada space yang entah apa-apa. Kek ini tajuknya Devil's Food Cake, resepi Nigella. Sengaja saya buat frostingnya begitu, menurut Nigella, supaya nampak rustic. Padahal saya memang tak pandai.
Comments
special kek birthday kasih air tgn mummy sendri..
p/s: byk lg balance nasi beriani n lauk atas meja tu..kalolah dkt kan.:)