Panna Cotta with caramel sauce and almond flakes


Semalam tiba-tiba saya rasa perlukan terapi memasak.

Setelah google resepi dan barang yang diperlukan kebetulan ada, saya buat Panna Cotta. Sebenarnya kalau teringin Panna Cotta, kami akan ke H5. Rupa-rupanya bila tengok resepi, memang senang. Menurut David Leibowitz, kalau buat PannaCotta lebih dari lima minit, maksudnya adalah tersalah di mana-mana. Ya, David Leibowitz adalah seorang tukang masak professional, gambar makanannya sungguh menggiurkan.

Panna Cotta adalah sejenis puding resepi Itali (Italian Pudding). Ada banyak sos yang boleh disesuaikan dengan Panna Cotta. Kami pernah makan satu saja, Panna Cotta dengan sos karamel dan kepingan badam (Panna Cotta with caramel sauce and almond flakes). Maka saya buat yang versi itu. Asas pudingnya sama saja.

Bahannya pun mudah. Krim (atau krim dan susu), gula, ekstrak vanila dan gelatin. (Saya pernah beli gelatin masa baru kahwin dulu, gelatin halal, beli di Giant. Mujur masih boleh pakai). Kalau beli gelatin, pastikan halal, sebab gelatin diambil dari kolagen haiwan, biasanya khinzir (walaupun ada dari ikan, lebih baik pastikan ia halalan taiyibah). Saya baru tahu, maka perlu beringat kalau pesan makanan, walaupun pencuci mulut.

Baiklah. Resepinya. Saya bahagi dua resepi asal.

1) 500 ml campuran krim dan susu (half and half), dengan 50g gula, campurkan dalam periuk dan panaskan sehingga semua gula larut. Kemudian tutup api, dan masukkan satu sudu teh esen vanilla (saya tidak ada ekstrak vanilla).
2) Larutkan 2 suku sudu teh serbuk gelatin dalam 45ml air. Biarkan selama 5-10 minit.
3) Campurkan krim panas ke dalam larutan gelatin, dan kacau sehingga semua gel cair.
4) Masukkan dalam acuan, sejukkan sehingga jadi pepejal, lebih kurang 4 jam.
5) Untuk sos karamel, cairkan dua sudu mentega dengan empat sudu besar gula perang, kemudian perahkan jus sebiji oren. Masak hingga pekat, dan sejukkan.
6) Kemudian hidangkan, dan tabur dengan kepingan badam yang sudah dipanggang garing.



Ini gelatin yang saya beli di Giant. Ada juga jenama Nona, halal juga.


Panna cotta saya lembik sedikit. Kurang gelatin mungkin. Tapi menurut audien saya yang jujur dan cerewet itu, sedap. Nothing beats that. :)

Cubalah, mudah! Cuma perlu ada gelatin, krim dan kepingan badam. Bahan lain, semua biasanya ada dalam dapur, kan?

Panna cotta boleh disediakan awal, andaikata ada tetamu, this is definitely a crowd pleaser.

Selamat mencuba!





Comments

Marliza Radzi said…
Nak cuba!

Krim = full cream? Kalau cream saja 100% tanpa susu juga boleh? Atau perlu ada susu?
mommy kam said…
yummm~~~ nak try jugak lah..
Ummi Salsabila said…
wowii..sedapnya!
aah,halagel ada jual di giant eh.odah nak cr lah.
kat kedai mak dah xjual gelatin nih..:)
thanks
AyinEmran said…
marliza: kalau ada krim tanpa susu lagi lemak dan lazat kot. Cuba lah.

Kak Kem: Try try!

Mieyn: Sila!

Odah: Oh dulu ada jual eh? Trylah, senang je odah.

Popular Posts