Ikan patin masak tempoyak





Sebetulnya saya segan mahu kongsi resepi ini. Sebab bukan betul-betul belajar dari emak, dan hanya dua kali rasa, orang Pahang masak. Tapi Zul memang suka lauk kampung begini dan dia sajalah yang boleh memberi komen. Jika dia suka, saya fikir mungkin boleh diterimalah.

Saya google resepi, ada versi letak santan, tapi saya tak mahu yang santan. Dan perlu letak daun kesum, tapi sebab Zul akan sakit perut jika makan daun kesum, maka resepi ini tanpa santan dan daun kesum.

Baiklah puan-puan. Resepinya begini. Sungguh mudah.

1) Tumbuk cili api (3 biji, boleh tambah jika tahan pedas) dengan kunyit hidup (setengah inci). Kemudian masukkan dalam ke dalam periuk bersama ikan patin (4 potong, saiz sederhana, rendam dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir), dan dua sudu besar tempoyak.
2) Bilas bekas lesung (yang kita guna untuk tumbuk cili dan kunyit) dengan air dan gunakan air itu untuk tenggelamkan ikan dalam periuk. Faham tak konsep di sini? Untuk elakkan pembaziran, dan mencari keberkatan dalam urusan memasak. Jika ikan masih belum tenggelam, tambah lagi air.
3) Nyalakan api dan renehkan sehingga masak. Masukkan garam dan rasa. 
4) Itu saja. Mudah kan? 

Saya tak pasti jika resepi mudah ini sebenarnya salah. (Orang Pahang sila betulkan saya). Tapi Siti ada beritahu tak perlu bawang untuk masakan ini. Ya, Siti Nurhaliza. Marliza tolongkan tweetkan soalan saya di twitter kepadanya dan dia balas! Saya main-main saja sebenarnya. Haha.

Ada banyak ikan patin di jual di sini. Selain ikan patin masak tenpoyak yang begini, apa lagi resepi ikan patin yang lazat? Kalian tahu?

P/s: Saya fikir, penting untuk gunakan kunyit hidup untuk mewangikan masakan, juga kerana kunyit ada essential oilnya yang akan menghilangkan hanyir ikan. 

Comments

Rin said…
wahhhhh! kena anta laporan kt siti nurhaliza nih.. ;)
Anonymous said…
Btul dah tu ain.Mmg xperlu bwg pun tp xdela wajib ikut.Hehe.Kalo zul ok dgn bunga kantan,ain bleh ltk bunga kantan.Stakat ni,msk tempoyakla the best.Tp Ada jgk org bkr tp Kak sendiri pun xpenah try.Xde kekuatan nak try coz mcm xngam dgn selera.
Waaa siti nurhaliza tweet dgn marliza? Kagumnye hehe
Ummi Salsabila said…
tempoyak beli katne kak in? kat giant ada tak?
nida said…
kakak orang perak dan orang perak punya masak tempoyak pun tak letak santan..

tapi

suami orang negeri sembilan dan masak tempoyak nya pekat dengan santan dan cili api yang pedas..

sob sob lalu percubaan pertama kakak gagal mendapat tempat di hati juri..
AyinEmran said…
Rin: Haha!

Kak Umi: Thanks k umi. Alaa dah lama tak rasa kak umi masak.

Mieyn: A'ah reply tweet. Ada artis yg rajin reply, depends on jenis tweet la kot.

Kak Nida: Oh lain-lain kan? Takpe skrg juri mesti dah terima kan? :)

Popular Posts