Rojak petang-petang

Kentang. Takkan tak tahu kan.


Rumah baru.
Saya mengantuk sebenarnya. Cubaan untuk power nap sebentar telah gagal. Kemudian daripada buang masa tutup mata tak buat apa-apa, saya potong kentang dan ambil gambar bukan-bukan. Mencuba lighting di rumah sewa baru. Matahari petang, kuning sedikit, tambah pula dapur sudah sedia oren dan cokelat warnanya. 

Puji-pujian untuk Allah yang Maha Pemurah. Doa saya sekian lama supaya dapat tempat berteduh yang lebih baik, dimakbulkan. An instant decision actually. But we've been searching high and low for two years, even before Kasih was conceived. 

Sebelum dapat pindah, saya selalu pujuk hati, tak mengapalah, sabar sedikit, bukannya tak ada rumah langsung, malah lebih baik dari orang di Palestin, misalnya. Kadang-kadang saya fikir, mungkin Allah nak beri kami terus pindah Semenanjung dari rumah lama. Mungkin. Tapi alhamdulillah. Apa-apa pun rancangan Allah untuk kami, saya redha. Allah lebih tahu.

Rumah ini besar untuk kami bertiga sebenarnya. Tapi industri hartanah di Bintulu buat masa ini melambung-lambung tinggi harganya, kami tiada banyak pilihan (hanya satu-satunya pilihan) dan minta Allah mudahkan kehidupan kami di rumah baru.

Saya paling suka dapur, sebab besar dan selesa untuk saya buat kerja dan Kasih ada ruang untuk bermain dan menonton. Walaupun kejiranan didominasi oleh kaum Cina, tapi seronok juga sebab petang-petang dah mula dengan tung tang tung tang bunyi kuali, dan biasanya saya jadi termotivasi untuk memasak awal. 

Panjang membebel budak mengantuk ni.

Nanti bila ada masa saya boleh tunjuk gambar. Bukan nak membongkak, tapi untuk berkongsi gembira, juga untuk mak ayah dan keluarga yang jauh.


Buku ini lazat. Saya baru baca sikit.

                                 

Nanti ada kesempatan saya tulis lagi. Ya, budak mengantuk mahu solat sementara anak kecil itu tidur. Kentang pun dah empuk. Mahu buat karipap. Sekian. Dari pejabat rasmi saya, dapur.


Comments

Marliza Radzi said…
Comel ah pejabat rasmi!
selamat dtg ke rumah baru..... x sabar tunggu sumer cerita di sini pula.... hehhehehe
yerq said…
cerita pertama pasal selipar dalam rojak sangat mengamit kalbu kan ?
aku hafal sume cerita rojak ini..haha

Popular Posts