Birthdays are nature's way to tell us to eat more cake
Alhamdulillah, saya baru lepas balas ucapan di FB. Rasa terharu sebab ramai yang beri ucapan, walaupun saya tahu FB ada ingatkan, tapi biasalah, suka terharu pada hari lahir. Haha. Di twitter juga. Terima kasih kalian!
Semalam adalah hari yang sungguh produktif. Zul ambil cuti, setelah beberapa minggu tidak menikmati hari minggu.
Kami tukar kad pengenalan baru, renew lesen memandu, makan tengahari di Secret Recipe baru, pergi nursery tapi tutup (asyik tutup saja tak pernah buka, pelik betul), pergi Celcom Centre, ambil bungkusan dari Marliza di Skynet, cari blok untuk Kasih main di Poppies, beli buku Jamie di Popular, berbual dengan emak-emak saya, dan malam Zul pergi main golf.
Bahagia betul bila ada Secret Recipe di Bintulu. Saya pilih sepotong saja untuk hari lahir, sebab sudah kenyang, Zul suruh beli kalau mahu bawa balik, tapi saya kata tak perlulah. The fact that Choc Mud Cake is within Bintulu proximity is blissful enough.
29 dan bahagia, alhamdulillah. Semoga Allah panjangkan umur untuk saya sempat bahagiakan emak dan ayah dengan titik peluh sendiri.
Comments