Hujung minggu di Bintulu



Bermula minggu ini, Zul ada shut down back-to-back, mungkin sampai bulan puasa. Hujung minggu juga perlu bekerja. Maka kami penuhkan hujung minggu lepas dengan jalan-jalan di Bintulu. Bawa Kasih ke Tumbina, dan jalan-jalan tepi laut. Meski tidak banyak benda pun boleh dibuat, dan Bintulu pun kecil sahaja, cukuplah untuk budak kecil yang baru belajar berjalan.

But unfortunately, she's a late riser. Bangun lewat dan tidur lambat. Maka bila kena kejut bangun pagi-pagi pergi sarapan dan tengok binatang sambil mengantuk dan kepanasan, maka kurang gembiralah. Janji mahu tengok harimau, maka perlulah ditunaikan. Sayangnya bila tiba kandang harimau, harimau tak muncul-muncul. Mungkin menyorok. Belum ada rezeki Kasih tengok harimau.

Tumbina ini kecil sahaja. Sebab itulah namanya bukan zoo. Tapi yang kecil ini pun, tersemput saya dan Zul sambil-sambil dukung Kasih sambil mendaki bukit dan tangga. Nampak sangat sudah tidak cergas. 

Lepas melawat Tumbina, petangnya kami bawa Kasih ke tepi laut, Promenade Bintulu. Sebetulnya mahu ke pantai Tanjung Batu sambil makan sotong kangkung dan air jagung, tapi entah kenapa ramai betul orang minggu lepas, sampai tiada tempat parking. Maka main bubbles di promenade pun bolehlah.

So, here are the pictures, without caption. 
























































Oh, Kasih pakai klip rambut Pak Ngah beri, dan main bubbles Aunty Marliza beri. Terima kasih!

Selamat berhujung minggu!






Comments

Marliza Radzi said…
Seronoknya Kasih pergi zoo! Hadi belum pernah pergi lagi.

Comel Kasih pakai baju itu ;)
CikJa said…
senasiblah kita. petronas kat sino pun shut down. mintak2 habis sebelum puasa. tak suka btul! :(
Ummi Salsabila said…
Banyaknya gambar.puas tgk!
Seronoknya kasih.Comel sgt!

Adam aufa pergi zoo melaka.zoo KL belum.Hehe.Tunggu Adam jalan dulu lah.Haha.
AyinEmran said…
Marliza: Gi ajak Mama dengan Papa gi Zoo Johor tu Hadi.

Ieja: Kat sini tempuh bulan puasa kot. Memang tiap2 tahun macam ni. :(

Odah: Zoo Melaka bestkan? Kak ain dah lama sgt tak gi. Tapi besar, mesti letih haha.

Popular Posts