My chicken pie and Mee Sua



Semalam saya sediakan makan malam sempena ulangtahun, dan pertama kali kami makan di rumah. Biasanya Zul belanja keluar makan, tapi tiba-tiba mahu sediakan sendiri. Honey dew and orange slices for starter, Chicken Pie for main course and Panna Cotta with caramel sauce and almond slice as dessert. 

Resepi chicken pie saya ambil kombinasi dari Ina Garten dan Simply Recipes. Dan saya pertama kali juga buat kulit pai sendiri. Tapi sebab waktu memasak itu pula tiba-tiba internet tiada, maka main teka-teka saja berapa banyak itu berapa banyak ini. Haha mujur jadi, alhamdulillah. Saya kongsi gambar sajalah, kalau mahu cuba boleh klik link mereka. 


Sebelum bakar.


Tadaaa. Cahaya tidak asli, sebab sudah malam. 


Oh, ini pula resepi mudah makanan Kasih. Saya selalu sangat buat sebab Kasih tak pernah tak suka. Cuma saya tak boleh buat tiap-tiap hari takut dia jadi bosan dan terus tak mahu makan lagi. Tapi sungguh senang. Emak ajar, sebab ayah saya suka untuk makan dengan sayur petola.

Tajuknya, Sup Sayur dengan Mee Sua.

1) Hiris bawang merah dan bawang putih (beberapa ulas). Tumis hingga naik bau. (Guna minyak satu sudu besar).
2) Masukkan isi ikan (biasanya guna tenggiri) dan gaul hingga ikan masak. Masukkan garam.
3) Masukkan air dua cawan. Bila sudah mendidih, masukkan mee sua yang telah dibilas.
4) Kemudian masukkan sayur sawi yang telah dipotong (sayur lain pun boleh, tapi sawi paling sesuai).
5) Mendidih, tutup api dan hidang.

Biasanya mee sua akan terus mengembang, maka tunggulah kembang dulu sebelum makan. Mee sua sifatnya lembut, maka jangan gaul sangat nanti jadi hancur.

Boleh juga guna ikan bilis sebagai rencah, tapi untuk bayi atau kanak-kanak nanti jadi tercekik jika tak hancur. Isi ikan lebih lembut. Mudah sangatlah resepi ini, saya biasanya masak tak sampai sepuluh minit. 


Kalau masak untuk Kasih, saya akan makan juga, tapi akan tambah cili api potong sebab hidangan ini sungguh mesra bayi sungguh tak mencabar perut. Eceh. Kalau tak pedas mana sedap, kan. 





Kalau sukakan dia tenggelam, lebihkan air.








Itu sajalah. Saya mengantuk tapi tak boleh tidur. Kasih sedang tidur. Habislah kejap lagi dia bangun dan mungkin akan tidur lewat pukul 1 atau 2. Pengsan.

Selamat berhari minggu!

Comments

Ummi Salsabila said…
Mee suah tu Mee apa? Mcm suhun ke? Boleh try pancing selera adam ni.
AyinEmran said…
Odah, suhun transparent, mee sua ni tak. Dia macam bihun tapi lagi rapuh. Buat drpd tepung beras. Pak Uda suka, kitorg mmg selalu makan, mak uda masuk dlm sayur petola.

Popular Posts