Tempahan dibuka!
Dengan nama Allah.
Saya sekarang menerima tempahan untuk kek coklat dan kek cawan untuk kalian yang tinggal di Bintulu. Untuk waktu ini, ada Moist Chocolate Cake with Chocolate Ganache, Vanilla (bean) Cupcakes with Buttercream or Chocolate Ganache. Jika ada permintaan lain, insyaallah boleh diusahakan.
Untuk harga, pertanyaan dan tempahan, emel saya di axraq(at)yahoo(dot)com.
Two layers chocolate cake, with chocolate ganache, made with dark chocolate and cream.
Ini pelaris, eh bukan. Ini untuk menceriakan hari kalian.
Sebetulnya jualan ini untuk tabung Kitchen Aid saya. Sejak dulu saya memang mahu ambil tempahan, tapi baru sekarang dapat beri komitmen. Kalau ada permintaan, saya akan buat senarai harga secara serius supaya mudah untuk buat tempahan. Saya juga terima tempahan untuk burger patties, dan biskut cip coklat. Tapi sebab belum ambil gambar betul-betul, maka belum letak. Dari masa ke masa saya akan tambah. Sikit-sikit, lah.
Hingga nanti, semoga hari kalian penuh rahmat.
Comments
Marliza: Nanti cookies boleh kot. Heh. Tp aritu kau hantar cupcakes selamat je kan?
ciketon fazya: thanks!
Ahsuez: Hihi doakan! :)
waa...ada cute cake dan cute little gurlz... comey