Wednesday, August 10, 2011

Fish cheesy balls



Resepi mudah diinspirasikan dari Chika

Fish cheesy balls. Untuk anak kecil. 

Mudah, dan yang penting, Kasih suka. Jadi mungkin anak kalian juga. 

1) Saya masukkan isi ikan (saya guna fish fillet), brokoli (dah direbus), keju mozarella parut, lada hitam dalam food processor, sedikit garam, dan kisar.
2) Kemudian campurkan dengan sebiji telur dan serbuk roti. Gaul dan bulat-bulatkan. 
3) Goreng dengan sedikit minyak dalam kuali. 
4) Bila sudah masak kedua-dua bahagian garing, angkat dan hidangkan. Jangan hidangkan terus. Nanti melecur anak kecil kita. Tunggu sejuk sikitlah. 

Nota: 1. Macam bergedil atau croquette, atau nuget juga. Cuma ada tambah cheese.
2. Keju boleh guna parmesan atau cheddar parut. Saya rasalah. Keju kambing tak pasti. Susah nak jumpa di pasaran Malaysia. Di hotel adalah. Eh.
3. Resepi asal adalah bakar, bukan goreng. Lebih sihat dan tak berminyak. Tapi oven saya rosak. Sedih. Macamana nak buat biskut raya?








                                                   


                                                   

Tengoklah, Kasih suka betul. Makan dengan penuh perasaan. Selamat mencuba!


3 comments:

famia said...

dah makin kurus pulak tengok Kasih ni.

AyinEmran said...

Kurus sikit, sebab dah start lasak. Huhu.

Deliah's Deli said...

salam kenal..menarik blog ni,sy link ya.:) comelnya kasih!