Hello kehidupan sebenar!




Lama betul tak update blog. 

Kami dah balik ke Bintulu, setelah cuti raya tiga minggu. Seminggu sebelum raya, dan dua minggu yang seterusnya. Tiba rumah, sedih tengok pokok-pokok kecil saya. Banyak rumput liar tumbuh, pokok pudina ada terselit sikit-sikit sebalik rumput. Yang lain, innalillah. 

Perlu puasa ganti secepat mungkin, dan kalau sempat, mahu puasa enam. Dah ramai yang tegur saya gemuk. Walaupun itu kenyataan, saya tak suka sangat orang beritahu. Biasalah, orang gemuk memang emo begini. 

Oh, here is wishing you guys Selamat Aidilfitri. Orang Malaysia kan memang suka beraya sebulan. Eh kedengaran sarkastik pula. Kenapa entah. 

Kalau sempat niat di hati mahu upload gambar raya yang banyak, tapi semua bergantung pada anak kecilku yang suka tengok Barney di semua saluran, walaupun dah buka di DVD player. Nampak saya buka laptop, mesti nak picit-picit juga keyboard. Oh saya sayang dia, apa-apapun. Hihi. Gambar raya Kasih muka baru bangun tidur, sebab memang baru bangun tidur. 

Ok budak kecil itu dah mula nak ganggu. Sampai nanti!


Comments

Marliza Radzi said…
Selamat menyesuaikan diri semula!

Comel gila Dya dengan Rayyan!
Ummi Salsabila said…
cantik sgt gambar potret raya nih! ada lighting,ada shadow.mcm kat studio.

geram dgn rayyan..dengan kopiah lagi.

Popular Posts