Resepi Virgin Mojito



Saya telah teringin virgin mojito tempoh hari. Maka berusahalah mencari daun pudina seluruh Bintulu. Pendekkan cerita (sebab malas cerita tak penting), ini resepi buat air lazat ini.

What you need are, mint leaves (lots of them), lime, soda (or we call it aiskrim soda here in Malaysia), and ice cubes.

Senang sangat. 

1) Perah sebiji limau nipis ke dalam sebotol air yang boleh digoncang. (Saya guna tumbler tupperware).
2) Masukkan beberapa helai daun pudina. Masukkan beberapa ketul ais.
3) Goncang, dan pastikan daun pudina koyak hasil goncangan itu. Penting, kerana pati minyak (essential oil) pudina itu yang memberi rasa minuman ini.
4) Kemudian campurkan setin (atau kurang) air soda
5) Sedia untuk diminum!






Told you it was easy.

Ada versi lain, jika suka, campurkan air gula. Boleh juga campur serai. Semua sedap. Tapi kalau kurang suka manis, boleh abaikan air gula. 

And it's addictive. I warned you.

P/s: Sila jangan goncang jika sudah masukkan air soda, sebab akan meletup. Ya saya tahu semua orang tahu, tapi saja mahu ingatkan. (Sebab ada orang itu bijak pergi goncang dengan air soda dalam tupperware. Hahaha orang itu adalah saya)



Comments

Marliza Radzi said…
Kalau aku tak suka perasaan pudina, maka aku tak akan suka air ini?
azura.naem said…
ada orang/kedai letak garam sekeliling bibir gelas..ala2 mojito betul..aku pernah minum kat ole ole bali. yang tak ada pudina sebab aku tak suka pudina. dia kasi batang serai yg dah titik untuk buat kacau minuman. acquired taste la kot.
ila nursalida said…
Kt sini diorg bt gne air zapple(air apple berkarbonat)ltk apple ptg kiub n nns kiub juga slain daun pudina.mgkin nt blh cuba.cma eliminate lime sbb zapple dh msm
AyinEmran said…
Marliza: Tak.

Zuera: Nanti nak try masukkan serai lah. TGIF pun letak serai.

ila: Ok thanks for the idea!
whiterwa said…
Part additive tu betul.. hohoho.. u patot try tmbah serai.. tp tlg jgn blend.. sbb org tua2 kata serai ni tajam.. ley lukakn perut.. huhu..
whiterwa said…
Part additive tu betul.. hohoho.. u patot try tmbah serai.. tp tlg jgn blend.. sbb org tua2 kata serai ni tajam.. ley lukakn perut.. huhu..
whiterwa said…
Part additive tu betul.. hohoho.. u patot try tmbah serai.. tp tlg jgn blend.. sbb org tua2 kata serai ni tajam.. ley lukakn perut.. huhu..

Popular Posts