Tuesday, April 24, 2012

Kasih 2nd Birthday Bash

Sebelum jadi sebulan, baik saya update entri Birthday Bash Kasih. 

Kami sewa service apartment sebab 'rajin sangat' mahu kemas rumah sebelum dan selepas jamuan. Biasanya kalau anjurkan makan-makan mesti dua-dua akan stress sebab penat. Sungguh ironi dengan konsep menganjurkan makan-makan itu sendiri, iaitu untuk menggembirakan tetamu dan diri sendiri. So service apartment it was. 

Dua hari sebelum jamuan (sehari sebelum hari lahir), Kasih demam. Sudahlah saya ada banyak rancangan memasak. Bila anak demam, saya pun jadi tak cukup tidur. Kemudian terpaksa batalkan beberapa menu. Tapi saya fikir, Allah tahu yang terbaik, sebab memangpun, kalau saya teruskan, memang ada banyak makanan membazir. 

Kami bercadang buat tea party, sebab  kami dibenarkan masuk pukul 2. Saya suka tea party. Sebab tak terlalu berat, seronok, dan banyak kuih. Tahun lepas buat nasi beriani untuk birthday Kasih, orang semua dah kenyang, kek saya tak berapa laku. Haha tidaklah mahu kek laku sangat, tapi birthday party, yang pentingnya kek, kan? 

Menu hari itu; Chilli con carne, hot salsa, tortilla chips, roti pita, virgin mojito, fruits on stick, red velvet cupcakes, rainbow cake, chocolate chip cookies, dan ayam goreng. 



 Tak sempat ikat rambut dan letak apa-apa pun. Sempat pakaikan gelang saja. 


 Yoghurt drink for the kids.


The giant size cookies. Puas hati.

 My DIY goodie bag. Tolong jangan ketawakan saya. Semua deco buat pagi sebelum jamuan. Party planner tengok ni mesti menangis kerana kasihan. 



 Air mineral untuk yang tak mahu minum Virgin Mojito.

 Red velvet cupcakes. Dan cupcake topper yang juga mengasihankan. Haha. 

 The rainbow cake.


 Virgin mojito. Such a hit. Thanks to my dear husband who prepared each drink. 

Some of the guest.  


 The party princess. 

Masa untuk potong kek!

 
Aunty Marliza, we waited for you to come and this one is yours!


 Please someone teach me to tie a ribbon on gowns! Memalukan ada anak gadis kemudian tidak reti mengikat riben. 


 Yes, the party kinda nerdy one. Tak ada clowns or games. Haha tapi ada bawa bekal buku. 

The morning after, still with the party hat. In fact, we still got some of the hats at home and Kasih still love to put it on. 


It was such a fun and relaxing party. Dapat borak-borak, dapat makan dengan tenang, dan kami rasa puas. We missed some of our friends sebab ada yang cuti berpantang dan bertugas di luar negara. Alangkah bahagianya kalau saudara mara ada dekat, mesti lagi seronok. 

Terima kasih banyak untuk kawan-kawan yang datang, dan hadiah untuk Kasih. We are so grateful. 

Sampai sempat menulis lagi!

P/s: More pics on my FB.

6 comments:

Marliza Radzi said...

Yeay! Aku rasa comel je labelling & cupcake topper semua. And the rainbow cake sangat cantiknya, mahu! Lucky Kasih ada mummy pandai bake, semua nampak delish!

Tapi yes, nanti aku ajar ikat riben. Hahahaha!

Dyaemran said...

Nak nangis tgk prep suma. Maklang, nape rajin sgt? Kita share birthday party la lepas ni nak? (hahah, dasar tak mampu nak buat cantik camni) You r one lucky girl Kasih. Go hug mummy daddy kuat2.��

AyinEmran said...

Marliza: Kan? Selalu jadi senget riben tu. Kesian Kasih. Label tu nampak ok sbb dah byk2, cuba kau ambik satu, ada yg ingat Kasih yg kaler. T___T

Dya: Alaa dya tak tgk lagi org buat lagi dahsyat. K in ni sekadar picisan je. Haha ini nampak ok sikit sbb lighting dlm apartment ni cantik. Tp kalau we all ada kat semenanjung masa next yr punya bday, nak nak share! Nak kek aiskrim! Haha.

yerq said...

mak aku ikat reben kat belakang gown.. heheheh

Marliza Radzi said...

Haha comel je komen Yerq. Yang tu for ribbon yang jenis kat belakang. Dress ni memang ribbon dia meant to be kat depan.

ananaifa enterprise said...

-salam perkenalan... ^__^ comelnye foods2 dan deco2 foods utk bday bash ni... geram tgk... ^__^ ni saya nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah//