Wednesday, June 13, 2012

Of random things around me

Ya, saya masih bernyawa. Cuma blog ini yang macam nyawa-nyawa ikan. Maaf. Memang tiada alasan. 

I'm going to be random. Bear with me, please.

Kasih. 
Sudah lama tak bercerita tentang dia. Saya fikir sebab terlalu banyak perkembangan sampai saya tak tahu mana satu mahu ceritakan. Lagipun kebanyakan masa, memang saya berkicau saja. 

Dalam banyak-banyak perkembangan, yang paling menyeronokkan adalah kemahiran komunikasinya. Bila dah boleh bercakap, walaupun pelat, memang tak menang tangan. Kadang-kadang ada perkataan baru yang memang kami tak sangka dia boleh sebut. Mostly comes from watching youtube. I'm not proud of that, actually. Malu, malahan. Sebab bukan belajar dari kami. Seperti 'one more time, not yet, mummy, did you know, pass me the ball'. Kadang-kadang bila tak dapat teka, sebab sebutan pelat atau tidak sempurna, Kasih memang akan marah. Terutama bila dia memang dalam mood tak baik. Fasa ini sangat mencabar. 

Walaupun Barney & Friends sentiasa di hati, baru-baru ini Kasih suka juga Peppa Pig (satu siri kartun British) dan baru minggu ini, mula suka Trotro est Rigolo (siri kartun dari Perancis). Maka kami lebih risau kalau dia mula bercakap dalam bahasa yang lagi susah nak faham, sebab kalau salah teka nanti dia marah. Berdebar.

Saya selalu juga mengadu di twitter tentang masalah tidurnya yang tidak normal. Kebanyakan masa, dia memang tidur sangat lewat. Saya dan suami sebenarnya sudah sampai tahap menerima hakikat, Kasih memang nocturnal. Tapi kadang-kadang bila saya tak larat, mahu cuba juga tidurkan dia awal. Saya cuba semua cadangan orang di twitter. Kebanyakannya, memang gagal. Macam malam tadi, kami tutup lampu, biarkan suasana gelap dan pura-pura tidur. Pukul 3 juga dia tidur. Itu selepas bertegas (dan gagal), marah (dan gagal), dan beberapa situasi ibu tertekan. Bila kita mengharapkan dia tidur, akan lebih tertekan jika tidak berjaya. We've been in that situation (and the same conclusion) like 100 times already. Padahal banyak elemen tidur awal yang kami sudah tegaskan, seperti tidak beri apa-apa yang manis selepas makan malam, tidak benarkan dia nap selepas maghrib, dan tidak merangsang apa-apa keseronokan dalam suasana bilik. 

Sukar, dan kami redha.

Saya fikir, satu-satunya peluang untuk beri dia tidur dengan normal adalah bila dah bersekolah nanti. Sebab waktu hantar pergi Playschool, Kasih memang dengan automatik tidur awal dan bangun awal. Jadi, sementara saya memang seorang surirumah, bersabar sajalah dengan keadaan ini. 


Adik Kasih




Alhamdulillah, I'm joining the pregnancy bandwagon for this year. Hampir minggu ke 16 sekarang. Kali kedua ini memang sangat berbeza dengan waktu mengandungkan Kasih. Trimester pertama agak teruk. Waktu Kasih, yang paling teruk adalah rasa lidah yang pahit, dan boleh ditenangkan dengan jus oren sahaja. 

Kali ini, ya rabbi. Emak saya siap poskan mangga muda dari Melaka. Bila tiba sini, dah masak. Haha. Bukanlah lama sangat perjalanan pos, cuma mangga jadi senang masak bila panas (agaknya). Sudahnya tak sempat jadi jeruk. Saya tak mahu (malah tiada di Bintulu) makan jeruk yang dijual, rasa bersalah pada bayi. 

Terlalu letih, loya, cepat mengantuk, dan sakit pinggang, tak larat memasak, dan tak selera pun nak memasak. 

Tapi alhamdulillah, masuk trimester kedua, semua simptom makin kurang. Cuma bila waktu Kasih cranky saya mudah stress. Perkara yang seboleh mungkin saya elakkan sebab tak mahu bayi membesar dengan tekanan perasaan. Haha. But it's inevitable, I guess. (Terutama bila Kasih tak mahu tidur, dan tak benarkan saya tidur, malahan baring pun tak boleh. 'Mummy, tanak baying, duduk je: Mummy, taknak baring, duduk je'. T____T).








Kali kedua ini juga ada banyak siri mengidam. Seingat saya, waktu Kasih, memang boleh bilang dengan jari berapa kali mengidam. Yang paling jelas, kuih seri muka dan kuih cara manis. Kuih cara manis memang tiada di Bintulu, dan saya terpaksa buat sendiri.

Kali ini, ya rabbi. Mujurlah Zul faham, dan bersabar. Cuma dia pelik, amboi macam-macam mengidam? Hidup di sini, banyak benda yang tiada. Tapi bila Zul dah berusaha carikan yang paling hampir, saya bersyukur saja. Big Apple donut, cendol, apam balik, dan rojak. Big apple donut memang tiada. Bila makan donut big apple wannabe (dalam gambar) saya macam meloya terus, sebab kacang banyak sangat (banyak komplen, lempangkan saja). Cendol (yang tepi jalan, bukan dalam balang air minuman) pun tiada. Rasa yang paling hampir adalah Teh C Special (dalam gambar). Jadilah. Apam balik (alhamdulillah ada), cuma orang sini buat tak letak jagung (benda penting, tak faham kenapa tak letak). Rojak, tiba-tiba guna bihun. (Rasa macam nak buat kelas membuat rojak pada makcik tersebut). 

Tapi yang lain-lain saya bersyukur sebab ada. Laksa penang, nasi lemak bungkus, Sago Special. Cuma yang paling sukar nak dapat sampai hari ini ialah Ceaser Salad.

Banyak, kan? Silalah lempang. Lempang saya, bayi tak bersalah.

Ayin's Kitchen

Saya masih menerima tempahan sikit-sikit, dan saya rasa bagus juga sebab kebanyakan masa saya memang tak larat. Ada satu tempahan pending (minta maaf Bahiyah), masih bercinta mahu buat. Sudah keluarkan butter 33 kali kemudian simpan balik. Saya percaya, selain tak larat, kalau buat biskut atau kek, tanpa perasaan seronok, nanti jadi tak lazat. Maka saya masih menunggu perasaan seronok itu kembali. Macam-macamlah, kan. 



Macam dah panjang kan? Tahniahlah pada diri sendiri. Saya bercinta mahu kongsi perjalanan di Seoul. Tengoklah kalau lepas ini sempat tulis lagi. Tapi sementara waktu, doakan kami (dan kandungan saya sihat dan sempurna). 

Jumpa lagi (dua tiga bulan akan datang). 






9 comments:

HW said...

Congrats & take care ya! Aku nak masuk 5M pun belum hilang nausea & lethargic. Huhu.

-Wahida-

Anonymous said...

Ayin,
Tahniah!
Lebih kurang samalah kita ni. bila baca balik yg Ayin tulis ni serupa macam Aida masa awal-awal dulu. Rasanya kalau org lain memang mahu lempangkan saja Aida ni. Dah siap boleh bau lagi makanan tu bila dah mengidam; macam benda tu tgh masak kat dapo. Melampau pulak rasanya. Hahaha.

Semoga journey seterusnya dipermudahkan. Amin.

Take care!


~coffeeaddicts~

Marliza Radzi said...

Kesiannya nak Ceaser Salad! Kat sana tak ada? Last Sunday baru makan a very good one kat Vivo. Kat Cold Storage pun banyak jual ready-to-eat ones, with dressing. Nak aku pos?

yunik said...

Wah tahniah Ayin! Semoga sihat selalu. Eh, bayah order jugak biskut ek? Nak rasa bayahhh hehehe

Nida Shaari said...

Wow tahniah! Hiks..

kenapa tak minta mak poskan jeruk mangga yang dah siap?

(Tiba-tiba terliur jeruk mangga homemade.. nyum nyum)

Dya Emran said...

Be strong ok. Mencabar betul 2nd pregnancy kak in. Hope baby sihat and tak stress (maybe dari dlm perut dia dah boleh kenal kakak dia, haha). Tp bab ngidam tu mmg bes. Take care!

Ninie said...

Ayin, congrats!

Semua yang first trimester tahun ni (maksudnya bukan semua morning sickness agak melampau rupanya. A good friend of mine, in her third pregnancy, tak pernah-pernah dapat morning sickness in her first two pregnancies, sakit agak teruk this year around :)

Bestnya, mangga muda! Ajar resipi buat homemade jeruk please? The ones at kedai, yes, too much preservatives, colourings & sugar!

Ninie said...

Alamak, it meant to read:

Ayin, congrats!

Semua yang first trimester tahun ni (maksudnya bukan yang dah melahirkan tahun ni) semua morning sickness agak melampau rupanya. All of my prenatal yoga students semua teruk alahan first trimester regardless carrying girls or boys.

A good friend of mine, in her third pregnancy, tak pernah-pernah dapat morning sickness in her first two pregnancies, sakit agak teruk this year around :)

Bestnya, mangga muda! Ajar resipi buat homemade jeruk please? The ones at kedai, yes, too much preservatives, colourings & sugar!

AyinEmran said...

Thanks you guys! :)