Tuesday, April 22, 2014

Buat sendiri biskut keju ikan emas (direct translation)



I better do this fast. Dari pagi berangan nak tulis blog. Punyalah banyak distraction

We baked this quite a while ago. Bercinta nak share. Bolehlah nak share di instagram saja, tapi dah beria ambil gambar, tulislah blog sikit. 

Pernah beli Goldfish Cheese Cracker, kan? Sedap, mahal, dan processed. Satu pek lebih kurang RM10. Kasih suka sangat. When I came across how to bake it on Pinterest, terus rasa nak buat. Senang sangat. Only five ingredients. 

Saya ikut resepi dari blog cik puan ini. Tapi tidaklah rajin menyiapkan penerap berbentuk ikan emas. Some of the cutters are from Daiso, some from Jusco. 









250g shredded cheddar, 4 tablespoon butter, 1 cup of flour, 3/4 teaspoon of salt, 2 tablespoon of cold water




Pulse everything (except) water in food processor. Kemudian bila dah bercampur elok, masukkan air sikit-sikit. Sehingga membentuk doh. Bungkus dalam plastik, sejukkan dalam peti sejuk 20 minit. Supaya senang nak uli.

Kenyit mata sama je dari tadi. D'uh.



Kecil sangat penerap. Memang seronok untuk Kasih. Tapi jenuh jugak sebab adunan ni boleh tahan banyak. Towards the end emaknya malas (sebab membazir letrik pun ya), guna penerap besar. Haha. Cepat siap. Bakar dalam ketuhar 180 darjah kepanasan, lebih kurang 15 minit. Kalau saiz kecil, boleh keluarkan awal takut terhangus. Tapi yang gelap sikit warnanya ni, lagi rangup. Lambat lemau. If your crackers are going to get lemau, you must not doing it right. Trust me. Haha. 



Tadaa. Senang sangat. Tolonglah percaya. Selamat tinggal cheesecracker komersial! Wah begitu angkuh ya. 

P/s: Apron yang Kasih pakai adalah dari Aunty Marliza yang baik hati, dijahit oleh Kak Timmy. 



No comments: