Cherry Blossom di Jinhae



Hai semua. Kami menyempatkan diri melawat Jinhae untuk menikmati Cherry Blossom Festival ahad pertama di sini. Okpo ke Jinhae lebih kurang sejam lebih, sempatlah saya berperang melayan kanak-kanak dalam kereta. (Masalah dengan kanak-kanak yang dah biasa pakai car-seat sepanjang hidup mereka adalah, bila tanpa car seat, kebebasan yang di alami sungguh hebat, seolah-olah dunia ini mereka punya. Masyaallah tuhan saja yang mengetahuinya. Kahkah sesungguhnya ada sedikit exaggeration di situ). 

Kami berkonvoi dengan kawan, dan kami berkeputusan meletak kereta jauh dari taman pokok sakura/cherry. Jauh sangat saya tahap terkurus sedikit sebab jalan. Tipu. Kami berjalan, dan memang ramai pun pengunjung Jinhae sama-sama ke arah taman. At some point saya rasa macam kalau buat umrah dah selesai berlari-lari anak dari Safa ke Marwah. Exaggerate lagi. 

 

  
Jalan dalam tiga jam (tipu), akhirnya sampai ke destinasi. Masyaallah ramai sangat orang, tahap berlumut semua bawa monopod dan yang ada DSLR bawa tripod siap. Silap besarlah siapa tak beli monopod. Terkial-kial nak ambik sambil dukung anak yang mengantuk dan lapar, masa nak ambil gambarlah nak kunyah roti. 

Tapi, subhanallah cantik. Sebetulnya, waktu perjalanan kami ke Okpo dari Gimhae Airport, sepanjang jalan ada pokok cherry blossom/sakura. Memang ditanam secara berleluasa di sini. Tapi untuk situasi yang lebih sesuai dengan keadaan taman, Jinhae memang tempat yang dikhaskan untuk tujuan ambil gambar, makan makanan rapu, bercinta-cinta, selfie dengan monopod, dan sebagainya. Kalau malam, ada lampu-lampu sepanjang taman, memang lawalah. 



Ini dari atas bukit tempat letak kereta. (Bersyukur betul sempat beli Onya babycarrier, thanks to Suhaila yang ingatkan. Kalau tak berpeluh juga nak dukung Ikhlas, dia tidur sepanjang waktu sampai ke taman baru sedar).

 



 Sila beli monopod.

 Ikhlas dah bangun waktu ni.

 Bercinta tanpa monopod memang mencabar. 





 Semua orang pun nak ambil gambar di sini. Memang hilang cantiklah sebab nampak kepala orang, bukannya sungai. Eh sungai ke?










 Lapar budak-budak kena jalan jauh. Nasib baik ada roti bekal.


 Bad tudung day. Who cares?


 Kasih seronok sangat dapat makan alusmitai. Senang sangat jadi kanak-kanak. Alusmitai di sini guna gula perang. Dilema nak jadi makanan rapu ke makanan sihat ni. Haha.








Kepelikan aiskrim berbentuk usus ke apa ni?


Sekian, entri khas untuk cherry blossom. Lupa nak nyanyi lagu Para-Para Sakura masa bawah pokok. Haha.


Comments

HW said…
Cantiknyaaa semua gambar! Korang pun cantik semua. Subhanalah.

Dan kau adalah kurus. Titik.
Anonymous said…
nicely written& splendid pictures!

Popular Posts