Biskut-biskutan
Sudah banyak kali kena marah kerana lambat sangat update blog, maka inilah. Versi biskut-biskut raya. Selain daripada saya tidak tahan bau semerbak mentega di dapur dan bilik operasi (bakar biskut raya), saya cuba lah update ringkas.
Ini biskut cip coklat. Sudah saya kongsikan resepinya awal tahun ini. Rujuk semula di sini, jika mahu mencuba.
Saya cuma buat dua adunan. Mahu bawa pulang untuk emak-emak saya. Sementara bawa pulang, Zul rajin juga kudap-kudap sementara menonton tv. Cubalah, sedap.
Oh, ini biskut mentega. Atau butter cookies, atau butter shortbread. Resepi asal dari allrecipes.com, jumpa lagi di sini. Saya gagal membentuk dan menerap seperti yang ditunjukkan dalam resepi asal. Maka, ini versi saya. Belum rasa lagi, sebab belum berbuka. Tapi kelihatan (dan bau) lazat. Cubalah, mudah, dan bahan yang sangat minima.
Comments