Pabila meraut selodang buluh, Siapkan lidi buang miangnya, Kalau menjemput orang yang jauh, Siapkan nasi dengan hidangnya
Saya kumpulkan sekali untuk sesi masak-masak, entri khas hari Jumaat.
Semuanya versi mudah.
Asam pedas ikan pari. Saya pernah kongsi resepinya di sini. Cuma waktu itu, tiada bendi. Kali ini punya, ada. Cubalah, lauk yang paling senang dan cepat untuk disediakan.
Mudah juga, cara-caranya:
1) Tumis 3-4 biji bawang putih (dicincang) sehingga wangi, masukkan isi ketam (saya beli yang panjang-panjang, ada jual bahagian frozen food) yang juga telah dicincang. Gaul.
2) Masukkan sedikit susu, tunggu sedikit mendidih, masukkan garam dan lada sulah (masukkan garam jika suka sedikit manis), dan masukkan brokoli, yang sudah dipotong kecil.
3) Agak-agak sudah masak, tutup api, dan hidangkan!
Saya pernah minum Pegaga Ice Blended, di Pasar Malam Bangi. Sedapnya. Oh, ini jus pegaga biasa. Mudah sangat. Kisar pegaga (yang telah dibersihkan) dengan air masak, masukkan sedikit gula, dan tapis. Sedap. Segar. Berkhasiat. Saya suka sangat. Zul kata, dia lebih suka pegaga versi ulam, atau pegaga versi kerabu. Nantilah, kalau ada kelapa saya buat.
Ini versi mudah saya.
1) Basuh beras, dan sukat air; kurangkan sedikit untuk tambahan pes tomato.
2) Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga wangi, masukkan tomato puri (saya masukkan 4 sudu besar untuk 2 pot nasi).
3) Bila mendidih, masukkan gula, garam secukup rasa.
4) Tutup api, ketepikan.
5) Masak nasi seperti biasa dalam periuk nasi, bila tahap mula mendidih (ada buih-buih kanji), masukkan bahan tumisan tomato tadi.
6) Gaulkan sebati sebelum meneruskan proses masak nasi. Masukkan kismis jika suka.
Mudahkan? Cara masak nasi berperisa yang saya belajar dari emak. Cara ini, tidak perlu risau nasi hangus dalam periuk atas dapur, juga, menjimatkan masa. Sambil tanak nasi, sambil tumis bahan utamanya dalam kuali lain. Bijak, kan?
Saya pernah kongsikan di sini. Kali ini saya tambah kacang pis. Sudah lama tak makan ayam masak merah dengan kacang pis.
Mana-manalah. Saya tersepit dipertengahan budaya bahasa, yang penting kalau ada kenduri kahwin, saya memang suka benar makan lauk ini. Sangat masuk dengan kebanyakan lauk kenduri yang berlemak dan bersusu.
Resepi mudah dari emak mertua:
1) Tumis bahan tumisan empat beradik (saya panggil mereka bahan pek-kak; bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih). Kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris halus, bersama sedikit serbuk kunyit.
2) Bila sudah wangi, masukkan nenas yang sudah dipotong-potong. Tutup periuk, nenas akan keluarkan airnya sendiri. Bila kelihatan sudah masak (nenas lembut), masukkan 2 sudu gula, sedikit garam, dan sesudu cuka.
3) Taburkan cili merah potong dan jika suka, biji sawi (yang sudah disangai) untuk hiasan dan kontras warna.
4) Boleh dihidang!
Saya suka-suka, akan sertai Treasure Hunt anjuran Kelab Eksekutif Muda tempat kerja Zul. Esok. Berdebar pula. Sudahlah tak berapa fit, malam tadi ada briefing, mereka beritahu ada physical and mental task, ala-ala Amazing Race. Pffuuh!
Doakan kami, kalau tidak menang pun, sekurang-kurangnya selesai semua task, ya? Terima kasih!
Selamat berhujung minggu!
Comments