I think fish is nice, but then I think that rain is wet, so who am I to judge?

Kali terakhir saya kongsi resepi adalah pada hujung bulan Februari. Lamanya. 

Tiba-tiba datang perasaan mahu menulis dan kongsi resepi. Bukan resepi apa pun. Ini budak darjah enam pun boleh buat. 

Sandwic ikan (atau menurut Ayuni, sandwish ikan. Jangan marah Yunik, heh.)

Kalau rajin pusing Tamu Bintulu itu, (tamu=pasar) anda akan boleh jumpa banyak jenis ikan pelik pelik yang bertompok warna warni dan ikan jerung anak tanpa sirip, jumpa kura-kura, ulat, semuanya untuk dijual (kecuali ikan parang, air laut China Selatan mungkin tidak sesuai untuk ikan parang, mungkin, saya teka saja). Maka minggu lepas saya jumpa ikan ini. Orang yang jual mendakwa namanya Ikan Layang. Entahlah, kalau dia tipu pun, saya manalah tahu. Tapi isinya banyak, tapi satu potong RM5 saja. Besar, sepotong macam hampir sekilo. 

Manusia skeptikal, kalau ikan murah, mesti ada sebab orang tidak kerumun membeli. Tapi sebab saya pernah beli sebelum ini, dan rasanya tidaklah pelik, maka saya beli juga. Saya memang pencinta barang basah murah. Maka, kerana kulitnya sangat tebal dan keras, saya buang kulit dan tulang dan ambil hanya isi. 

Ini eksprerimentasi pertama. Sandwic ikan. Konon-konon macam sandwic tuna. 

Panggang roti hingga kekerasan dan kerangupan yang disukai. Sekarang saya main panggang-panggang semua benda dalam oven. Selain sebab rangupnya menyeluruh, juga kerana pemanggang roti lompat-lompat saya sudah rosak. 

Sementara itu, 

1) Rebus ikan hingga isi lembut dan masak. (Saya rebus dengan lobak merah dan bawang besar, tanpa seleri. Kalau ada seleri sila tambah dalam air rebusan.)

2) Selesai rebus, toskan dan gaul dengan garam, lada sulah dan serbuk cili. Tambah mayonis dan sos jika mahu. (Saya ada thousand island maka saya tambah juga). Rasa dan tambah apa perlu. Kalau suka kepedasan tambah lah lada sulah banyak banyak. 

3) Boleh selesaikan sandwic. Susun dengan timun atau tomato, atau keping keju. The sky is the limit. Sandwic anda, maka anda tentukan. Janganlah letak belacan pula tiba-tiba. Nanti saya emo. 

Saya tabur lada sulah lagi. Dan saya bubuh tebal-tebal isi sandwic sebab saya lapar dan tamak. Itu harilah. Sekarang sudah insaf.

Ok, ini produk akhir. Rupa macam ada tuna-tuna sikit, kan?

Ikan layang (kononnya) ini punya isi yang keras, maka memang hampir dengan tuna. Tapi saya macam tak boleh percaya sebab tuna itu ikan laut sejuk. Entah, tapi lain kali kalau ada orang jual saya beli, buat sandwic macam ini lagi, dan tambah mayo banyak banyak sampai gemuk. Haha. 

Sandwic, buat macam-macamana pun boleh. Yang penting boleh makan dan lazat. Cubalah.

p/s: Tajuk itu sebetulnya bukan kata-kata saya, saya petik kata-kata Encik Douglas Adam. 

Comments

Popular Posts