Sunday, March 14, 2010

My third little cute niece, welcome to the world.

Syukur sebanyak-banyaknya pada Allah yang Maha Agung. Adik saya, selamat melahirkan seorang bayi kecil comel putih merah sepet sikit semalam, pukul 7.18 malam.

Niat asal Dya dan Chad cuma mahu check up dan daftar di hospital, tapi atas sebab-sebab tertentu doktor arahkan dia menunggu bukaan untuk melahirkan. Selepas berdebar dan doa dan doa dan menunggu, pukul 7.18 budak kecil comel ini lahir.

Saya sebetulnya pertama kali menunggu kelahiran di hospital, dan menyaksikan baby fresh from the oven. Waktu Kak Long lahirkan Najah dan Nadhirah dulu pun, saya sedang ada kelas dan tidak sempat pulang dan bersama berdebar di hospital. Maka semalam, banyak kali jugalah rasa termengalir air mata sebab terharu dengar budak comel ini menangis pertama kali dengan kulit halus dan wangi selepas dibersihkan cik misi.

Maha suci Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Esa, adik saya sepatutnya dijangka lahir pada 31 Mac, tapi telah lahir semalam, 13 Mac 2010. (Berkongsi tarikh lahir dengan Anayasmin, dan berjarak 3 hari dengan hari lahir kakak Nadhirah).

Ini untuk tatapan semua yang mendoakan (terima kasih banyak), dan untuk Kak Long sekeluarga yang jauh di sana.


Ya rabbi, kecil comel dan nampak sungguh suci dan bahagia dia dalam bedung. Cik Misi pun bijak betul tudungkan dia, comel sangat rasa mahu menangis (lagi).


Lahir dengan berat 2.75kg, 7.18 malam, 13 Mac 2010.



Proud mummy and daddy. Tahniah kamu berdua.


Nenek dapat cucu perempuan ketiga. Abang saya kata, feminin betul family kita, eh?


Macam beratur kan. Atuk pun lega cucu dah selamat lahir.


Oh, belum beritahu nama ya? Bagi pihak Dya dan Chad, meskipun belum daftar, nama budak kecil comel wangi sepet sikit ni, insyaAllah, Ayra Kamilla.

Selamat datang ke dunia, Ayra Kamilla. Moga jadi anak yang solehah dan disenangi. We all love you so much. :)

p/s: Sekarang saya berdebar, campur tidak sabar. Doakan semuanya selamat ya?




19 comments:

Marliza Radzi said...

Untuk kali ke berapa ratus entah, aku nak juga komen betapa comelnya Ayra ini! Comel comel comel! Geram!

Tahniah, Dya & Chad!

Selamat berdebar, Ayin & Zul! (juga aku & Daud :P)

AyinEmran said...

Pantasnya komen! Mari sama-sama berdebar. heh.

1.6.3. said...

Tahniah jadi Aunty (lagi)! Heh.

Comel!

-wahida-

thehealthinspector: said...

congrats!!! takpe, pas ni turn korang plak :)
comelnya ayra nih!!! :))

My3Akids said...

Tahniah buat Pidit & Chad....juga buat Pak Uda & Mak Uda sekeluarga...ader lar pengubat rindu Nanek & Atuk pada Najah & Nadirah....

Buat Ain dan Zul....sabar menanti detik2 menjadi ibu&Ayah....semoga selamat hendaknya...

Ikhlas dari Abg Sham & Kak Ana serta
My3Akids (Anis, Ajwah & Ahmad )

AyinEmran said...

wahida: thanks wahida!

ieja: thanks ieja. itulah, doakan ye.

abg sham: amiiin. mekaseh abg sham. on behalf mak uda pak uda dan semua, thanks.

madulebah said...

Tahniah!! Sungguh chomel baby yang kecik2 dah pakai tudung.. he he he..

Selamat menghitung hari untuk Ayin & Zul.. ;)

AyinEmran said...

madulebah: thanks sis!

farhana rahim said...

tahniah untuk seluruh keluarga kak ayin esp. kaklong yang baru dapat anak buah. hehe.

semoga kak dya dan baby sehat2 saje. :)

semoga urusan kak ayin juga dipermudahkan. insyaAllah. pasti comel juge~ ;D

masz said...

alololo, comey sangat dalam bedung dan bertudung tu. pretty name too =)

yerx said...

congrates lagi untuk sekian kali untuk dya..comel bertudung..pasni staffnurse bole jual tudung baby..hehe

ayin, pandai sungguh berposisi di sisi n belakang orang suapaya tak nampak si comel yg dikandung itu..hehehe

AyinEmran said...

farhana: amiin. thanks dear.

masz: kaan. memang sume newborn hosp ni dia pakaikan tudung. haha towel sebenarnya.

yerx: hahaha jual tudung baby, baby boy mesti tanak beli. eh aku tak berniat la nak suruk, hehe.

yerx said...

kao sugget kat staffnurse buat kupiah kat baby boy

ederq said...

wah dya dah deliver! congrats! comel nyaaa. putih comel mcm dya!

a.k.a. apot said...

ayin..congrats utk adik ko..
n aku doakan semua selamat utk ko :)

承合 said...

great msg for me, thanks a lot dude˙﹏˙

Ummi Salsabila said...

kak ayin,sunnguh comel baby kak dya.mcm ibunya..:)

nama bb pun sgt sedaplah..

doakan kak ayin dipermudahkan n slmt juga nnt.;p

ciketon fazya said...

berjalan2 di blog chika yang me'link' kan ayienemran.. rasa nama familiar dan rupanya kamu ukm juga dulu kan..hehe

J u l i a 。.゜✿ said...

i suka gambar pertama ! comel gila baring mengiring macam tu. macam unazukin !! =D