My third little cute niece, welcome to the world.
Syukur sebanyak-banyaknya pada Allah yang Maha Agung. Adik saya, selamat melahirkan seorang bayi kecil comel putih merah sepet sikit semalam, pukul 7.18 malam.
Niat asal Dya dan Chad cuma mahu check up dan daftar di hospital, tapi atas sebab-sebab tertentu doktor arahkan dia menunggu bukaan untuk melahirkan. Selepas berdebar dan doa dan doa dan menunggu, pukul 7.18 budak kecil comel ini lahir.
Saya sebetulnya pertama kali menunggu kelahiran di hospital, dan menyaksikan baby fresh from the oven. Waktu Kak Long lahirkan Najah dan Nadhirah dulu pun, saya sedang ada kelas dan tidak sempat pulang dan bersama berdebar di hospital. Maka semalam, banyak kali jugalah rasa termengalir air mata sebab terharu dengar budak comel ini menangis pertama kali dengan kulit halus dan wangi selepas dibersihkan cik misi.
Maha suci Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Esa, adik saya sepatutnya dijangka lahir pada 31 Mac, tapi telah lahir semalam, 13 Mac 2010. (Berkongsi tarikh lahir dengan Anayasmin, dan berjarak 3 hari dengan hari lahir kakak Nadhirah).
Ini untuk tatapan semua yang mendoakan (terima kasih banyak), dan untuk Kak Long sekeluarga yang jauh di sana.
Ya rabbi, kecil comel dan nampak sungguh suci dan bahagia dia dalam bedung. Cik Misi pun bijak betul tudungkan dia, comel sangat rasa mahu menangis (lagi).
Oh, belum beritahu nama ya? Bagi pihak Dya dan Chad, meskipun belum daftar, nama budak kecil comel wangi sepet sikit ni, insyaAllah, Ayra Kamilla.
Selamat datang ke dunia, Ayra Kamilla. Moga jadi anak yang solehah dan disenangi. We all love you so much. :)
p/s: Sekarang saya berdebar, campur tidak sabar. Doakan semuanya selamat ya?
Comments
Tahniah, Dya & Chad!
Selamat berdebar, Ayin & Zul! (juga aku & Daud :P)
Comel!
-wahida-
comelnya ayra nih!!! :))
Buat Ain dan Zul....sabar menanti detik2 menjadi ibu&Ayah....semoga selamat hendaknya...
Ikhlas dari Abg Sham & Kak Ana serta
My3Akids (Anis, Ajwah & Ahmad )
ieja: thanks ieja. itulah, doakan ye.
abg sham: amiiin. mekaseh abg sham. on behalf mak uda pak uda dan semua, thanks.
Selamat menghitung hari untuk Ayin & Zul.. ;)
semoga kak dya dan baby sehat2 saje. :)
semoga urusan kak ayin juga dipermudahkan. insyaAllah. pasti comel juge~ ;D
ayin, pandai sungguh berposisi di sisi n belakang orang suapaya tak nampak si comel yg dikandung itu..hehehe
masz: kaan. memang sume newborn hosp ni dia pakaikan tudung. haha towel sebenarnya.
yerx: hahaha jual tudung baby, baby boy mesti tanak beli. eh aku tak berniat la nak suruk, hehe.
n aku doakan semua selamat utk ko :)
nama bb pun sgt sedaplah..
doakan kak ayin dipermudahkan n slmt juga nnt.;p