Random not so awesome
Apa khabar orang kampung? Haha. Saya ada banyak kerja sebenarnya. Tapi sementara Kasih tidur sekejap, sebelum dia bangun, saya mahu tulis sikit. Random not so awesome. Duh.
Kita namakan ini, eskapism.
Syukur, saya dah selesai ganti puasa. Sepatutnya kami beraya hari ini. Tapi rendang semua tak siap. Bukan tak siap, tak buat pun. Haha. Yang ada, lengkuas, serai, kerisik, dan santan. Apa barang beraya tak makan rendang? Tak mengapa, kita tangguh dulu. Sambal bali pun belum makan, iyalah, raya pertama kami di Johor. Sambal bali ada di Melaka. Kadang-kadang perasaan mahu mencicah ketupat dengan sambal itu membuak-buak. Dah pergi rumah terbuka di sini (Bintulu), belum betul-betul tercapai lagi keinginan pencicahan itu. Sambal pun biasanya tiada. Sambal kacang tak kira sambal, ok?
Eskapism ini mungkin saya saja yang faham. Maaf.
Oh oh tahun ini kita namakan tahun konvokesyen keluarga. Alhamdulillah dan tahniah untuk ahli keluarga saya yang dapat naik pentas ambil skrol. Dya, baru konvo minggu lepas, Kak Long, baru lepas viva kelmarin dan akan konvo juga tahun ini, Iji, bakal konvo minggu depan, dan Huda, akan konvo hujung bulan. Dari pemegang diploma, hingga ke PhD. Abang baru mula pengajian sarjana, insyaallah akan konvo juga bila selesai tahun depan. Cuma saya yang bukan sedang belajar. Hihi. Belajar buat kek mana boleh konvo. Kan.
Kalau emak saya jenis macam Siti Nurhaliza, tidak boleh pakai baju sama ulang-ulang, mesti emak sedang pening tempah dan siapkan baju untuk pergi konvokesyen anak-anak. Tak, emak dan ayah saya tak kisah.
Hujung minggu lepas saya dapat tempahan kek dan kek cawan untuk rumah terbuka Ili dan Faqrimy. Tempahan rasmi pertama untuk Tabung Dapur Saya (My Kitchen Penny Bank). Kalut. Kasih pula seperti memberontak sebab perhatian untuk dia jadi kurang, cranky semacam. Jadi tak sempat ambil gambar. Sungguh kesal. Ili tempah Devil's Food Cake dan Chocolate Moist Cupcakes with Buttercream Frosting. Malas nak terjemah. Nama am tak mengapa kan. Lain kali perlu lebih ingat, mesti ambil gambar!
Speaking of which, my baby will turn 18 months next day after tomorrow! Sudah banyak perubahan, dan perkembangan. Saya pun tak sempat ukur secara bertulis, tapi yang pasti setiap hari ada saja yang baru. Ya, akhirnya dia panggil saya dengan panggilan. Meme. Seperti orang kelantan sebut 'memang'. Seperti Jai dalam KL Gangster sebut 'memang'. (Nak sebut juga Jai, haha). Lebih kurang waktu Memey dan Norman Hakim bernikah. Haha kelakar tau Kasih. Gigi geraham dah tumbuh kiri dan kanan. Gigi taring dah nampak sikit, kiri dan kanan. Gigi atas tak periksa pula. That explains the crankiness. Haritu mahu suap dia gripe water, dulu masa bayi dia sangat suka gripe water. Sekarang, tak mahu. Sukar.
Makan hari-hari memang mencabar. Tak ada satu menu pun sekarang yang saya pasti dia akan makan sampai habis. Makan sikit, kemudian mahu suap sendiri. Bila suap sendiri, mestilah lagi banyak jatuh daripada masuk perut. Lepas suap, main. Kemudian suap saya atau Zul.
Manalah tak kurus. I'm thinking of giving her supplement, like Vitamin C tablet or something, what do you think?
Oh saya mahu kongsi tentang resepi Panna Cotta. Ingat tak, saya tulis tentang penggunaan gelatin dalam panna cotta? Hujung minggu lepas saya buat untuk kesekian kalinya. Zul memang suka, dan sebab senang saya buat. Sekali gelatin halal saya dah habis! Krim dan susu dah campur dalam periuk. Takkan nak buang, kan? Bila bongkar almari, jumpa agar-agar kering. Saya cuba larutkan dan campur dengan krim dan susu tadi. Dipendekkan cerita, hasilnya sama dengan penggunaan gelatin. Yes.
Maka, kawan-kawan, tak perlu beli gelatin (sukar sikit nak cari yang ada label halal kan?), boleh ganti dengan agar-agar. Memang pun agar-agar adalah pengganti gelatin untuk vegetarian. Saya yang tak pernah cuba. Saya guna suku (dari plastik agar-agar yang panjang tu, kalau serbuk, mungkin boleh guna dua sudu kecil untuk resepi yang sama)
Entah siapalah yang faham apa saya tulis ni. Haha. Eskapism syok sendiri namanya.
Oh oh Kak Long dan keluarga akan pulang (for good) minggu depan, insyaallah. Seronoknya seronoknya. Cuma saya yang di seberang laut ni tak dapat menyambut dan berkongsi kemeriahan mereka sampai di Malaysia. Takpelah, skype kan ada. Sedapkan hati sendiri. Sob sob.
Sebenarnya ada banyak gambar raya belum sempat edit dan upload. Ada gambar kenduri doa selamat rumah Seri Austin, ada gambar Hadi dan Kasih, ada gambar keseronokan di semenanjung, tapi itulah, kalau sempat, dapatlah.
Gambar yang ada ini semua secara rambang. Kata random not so awesome. Not so awesome sebab tak banyak. Eceh. Perasan awesome?
Baiklah, saya mahu sidai baju. Sampai nanti!
Comments
seronok baca..
gambau pun semua cantik2 dan so sweett...
M busu: Hai mak busu. Hihi ain pun dah lama tak update, thanks!