Beef burger patty is open for order, peeps!

Semalam saya cuba buat roti burger (burger buns), setelah lama mengidam untuk cuba buat sendiri. Buat roti, antara benda yang saya rasa mahu cuba. Resepi saya ambil dari Zack, yang asalnya dari sini.

Tapi sebab resepi asal macam banyak (akan hasilkan 12 biji roti) maka saya buat separuh saja. 

Malas pula nak salin. Haha. Tengok pada link, ya? Ya, saya guna tepung protein tinggi (ada dijual di kedai baking supply). Boleh juga guna tepung gandum, cuma nanti kurang lembut rotinya, dan perlu lebih uli. 

Bau roti dalam oven sungguh membahagiakan. Macam masuk kedai bakeri. Ini saya penjakun roti, memang begini. 

Oh beef patty ini pun buat sendiri. Ya rabbi senang sangat, tolonglah buat sendiri. Sudahlah boleh buat tebal macam Carl's Junior, kemudian boleh letak benda yang kita suka dalam dia. Bawang putih, cili,  paprika, ketumbar, apa-apa lah ikut suka kita. Kalau buat alasan tiada food processor, masih boleh beli daging kisar yang sudah siap jual. Campur saja. Resepi sama di sini, boleh tukar ikut suka. Asalkan ada daging kisar, serbuk roti dan sedikit telur (untuk lekatkan semua).










Bagi yang mahu makan daging burger ini, tapi malas nak buat, ada berita baik untuk kalian. Saya sekarang ambil tempahan untuk daging burger. Daging, atau ayam. Untuk berat sekeping lebih kurang 120gm, saya jual RM3 untuk daging lembu, dan RM2 untuk daging ayam. Semua bahan halal, insyaallah, tiada pengawet, dan daging tulen tanpa urat dan lemak (yang ketul-ketul, menyampah bila tergigit kan?) Oh untuk warga Bintulu saja. Saya belum belajar cara pos daging lagi. Haha. Insyaallah akan datang.

Tapi percayalah, sungguh mudah. Gaul-gaul, bulatkan dan masuk peti sejuk sebentar. Kemudian bakar bila mahu makan burger. Berapa kali entah saya tulis betapa mudahnya. Kalau tak percaya juga tak tahulah. Eh emo.

Sampai sempat menulis lagi! 


Comments

Nida Shaari said…
huks.. kakak baru je nak order.. ahahaha :p
Acaii Jawe said…
Ya Allah sedapnya :) Saya suka burger. Kalau dekat mesti dah order,hehe

Popular Posts